Sunday, June 20, 2010

BiLa MenuLis BUkU suLiT

Bila menulis dalam buku sulit,tidak harus ada banyak idea tapi muntahkan semua rasa..dan aku?....aku bungkam...rasa macam tak senonoh dan tak seronok...ada rasa tapi tak tau bagaimana rasanya,aku nampak tapi tak tahu bagaimana rupabentuknya..takke tak senonoh namanya tu????

aduhh hati,..berterus terang jelah..kau banyak berbisik kat aku,..tapi kenapa kau tak gerakkn jari aku untuk taip semua ni??aku celaru...aku mahu lepaskan semuanya...serabut..serabut,..serabut...

buku sulit,..aku anggap kau teman..tapi saat ini aku buta dengan fungsi kau..hati aku malu-malu bangang..meluah pada kau rasa seperti meluah pada dada akhbar..penuh kontroversi dan provokasi...padahal takkan ada sape yang peduli..


mungkin juga hati aku yang terlalu sulit..
sulit kerana ada banyak rasa...
oh..aku tertekan..

buku sulit,..aku tertekan bukan kerana kau yang tak banyak membantu..
tapi aku yang gagal memandu hati aku dengan kadar yang selamat
setialah duduk di sisi ku,..lihatlah aku bungkam..
bungkam untuk menilai isi hati..
yang aku tak pasti apa puncanya

No comments:

Post a Comment