Saturday, July 3, 2010

WAJAR AKU SEDIH..

Seperti terjaga dari mimpi di tengah malam dan tiada siapa di sisi....begitulah perasaan aku..mengongoi mintak di peluk..agar perasaan takut ini menghilang.Tapi sayang,tiada tangan yang sudi meminjam.
Benar aku rasa tak tenang,benar aku rasa sangat marah dan ia juga aku rasa sangat hiba kerana aku lalui fasa yang spatutnya gembira dan penuh debaran ini aku lalui dengan sakit hati dan hiba.Dan aku bungkam lagi..menahan rasa seorang diri....
Melankoliknya jiwa..aku tak boleh kongsi dengan sesiapa kerana risau sakit hati lagi untuk sekian kali.Terbukti aku tak boleh harap pada sesiapa...
Jiwa yang meruntun,tubuh yang keletihan..emosi yang berbaur kebencian..aku tak mahu lagi teruskan.
Jangan pujuk lagi bila jiwa aku tak perlu lagi di baiki.Jangan terbitkan rasa mual ini lagi..
Beri aku ruang untuk menjadi manusia biasa...kerana aku tak boleh selalu berusaha untuk jadi kuat.
biarkan aku terluka sendiri..maka dengan senang aku boleh meninggalkan ini semua..melupakan semua..