Friday, May 28, 2010

Aku yang bersalah lagi....
aku salah kerana aku marah...
aku salah kerana aku tak kuat..
Kejadian yang berulang aku andaikan seperti sumpahan
fikiran ligat memutar hari lampau yang menyedihkan,
menjadikan aku seorang pesalah..
oh dunia,..
tentu kita aman kalau aku,kau dan semua
mampu buat semua keadaan jadi baik
mencernakan semua ketidakpuasan semudah alif ba ta
tunjuk ajar aku untuk berpura-pura gembira
bila sebenarnya aku kecewa..
ajarkan aku berlagu
bila sebenarnya aku meraung dalam hati..
aku yang selalu tersasar
bila kau kata hormon aku yang tunggang langgang..
bolehkah aku bertanya
bagaimana paras kimia dan hormon kamu bertindak
yang boleh buat kamu yang konon
berfikir stabil dan rasional?
Dan nanti mungkin aku yang bersalah lagi...
haruskah aku mintak persetujuan kamu
untuk berkata tentang keletihan aku?
ya,aku amat letih berada dlm tubuh ini...
kerana ketika ini tidak bermaya
semangat aku yang diperkotak katikkan..
harus aku diam..dan terus memikir..
terlalu berusaha untuk jadi sangat manis dalam hati kamu..

No comments:

Post a Comment